MELP Energy Hunt 2025

𝗠𝗘𝗟𝗣 𝗘𝗡𝗘𝗥𝗚𝗬 𝗛𝗨𝗡𝗧 𝟮𝟬𝟮𝟱 | 𝟲 𝗗𝗜𝗦𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟱 (𝗦𝗔𝗕𝗧𝗨)| 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗟𝗨𝗠𝗣𝗨𝗥
Majlis Penutup MELP Energy Hunt 2025 telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, YB Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, yang menandakan kemuncak sebuah program penuh cabaran, kreativiti dan pembelajaran interaktif.
Program anjuran Malakoff, NUR Power dan Edra Energy ini menghimpunkan 120 peserta daripada 30 pasukan yang bersaing dalam tiga kategori: Kategori Khas MELP, Kategori Pelajar Universiti dan Kategori Media. Semua tugasan dirangka bagi memupuk literasi tenaga melalui pengalaman hands-on, eksplorasi bandar dan aktiviti berfokuskan tenaga bersih serta gaya hidup rendah karbon.
TAHNIAH kepada semua peserta dan rakan kolaborasi! Teruskan menyebarkan budaya celik tenaga demi masa depan rendah karbon Malaysia.