Lestari Air: Memahami, Menilai dan Menjaga Sempena Hari Air Sedunia 2025

𝐋𝐄𝐒𝐓𝐀𝐑𝐈 𝐀𝐈𝐑 : 𝐌𝐄𝐌𝐀𝐇𝐀𝐌𝐈, 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐋𝐀𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐉𝐀𝐆𝐀 | 𝟒 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐓𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐄𝐊𝐎 𝐑𝐈𝐌𝐁𝐀 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐏𝐀𝐍𝐃𝐀𝐍
Telah berlangsung Program Lestari Air : Memahami, Menilai dan Menjaga di Taman Eko Rimba Sungai Pandan, Kuantan semalam.
Program bermula seawal jam 8.00 pagi melibatkan pelajar Universiti, Kolej Komuniti dan Politeknik sekitar Kuantan, Pahang seramai 50 orang untuk memupuk kesedaran berkenaan pengukuran parameter kualiti air seperti BioIndikator, pembelajaran membuat sabun dari minyak masak serta pendedahan bagaimana perubahan iklim memberikan impak kepada sumber air.
National Water Research Institute of Malaysia (NAHRIM) agensi di bawah Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bersama pihak Humid Tropics Centre Kuala Lumpur (HTC-KL) Universiri Kebangsaan Malaysia dan Universiti Sains Malaysia telah terlibat sebagai pelatih bagi Modul Kelestarian Air: Persampelan Kualiti Air di Taman Eko-Rimba Sungai Pandan, Kuantan kepada para peserta semasa aktiviti tersebut.