Lawatan ke Pusat Kawalan SMART

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐒𝐌𝐀𝐑𝐓 | 𝟑 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑
YBhg. Dato' Haji Mad Zaidi Bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melakukan lawatan ke Pusat Kawalan SMART, Jabatan Pengairan dan Saliran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tengah hari tadi. YBhg. Dato' turut meninjau salah satu tapak pencerobohan.
SMART adalah singkatan dalam Bahasa Inggeris kepada "Stormwater Management and Road Tunnel". Projek ini merupakan projek inovatif Kerajaan Malaysia bagi mengurangkan masalah banjir di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur iaitu di sepanjang Sungai Klang dan sekitar kawasan Masjid Jamek, Jalan Tun Perak akibat limpahan air Sungai Klang.