Lawatan Rasmi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) ke PETRA

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐁𝐔 𝐊𝐄 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 | 𝟑 𝐍𝐎𝐕𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀, 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hari ini menyambut lawatan hormat daripada delegasi Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Sarawak, yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi MPS, Cr. Mohammed Abdullah Izkandar bin Dato Roseley.
Lawatan rasmi ini telah disambut oleh YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri PETRA, bertempat di Aras 5, Bilik Mesyuarat Amber, Menara PETRA.
Delegasi telah diberikan taklimat pengenalan mengenai PETRA dan diikuti dengan ucapan sepatah dua kata dari wakil rombongan. Sesi perbincangan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan kerjasama dan berkongsi pandangan dalam isu-isu berkaitan peralihan tenaga dan transformasi air, terutamanya yang melibatkan pembangunan dan perancangan di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Sibu.
Diharapkan lawatan ini dapat memperkukuhkan lagi sinergi antara Kerajaan Persekutuan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam menjayakan agenda pembangunan negara, khususnya di Sarawak.