Lawatan Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kedah / Anak Bukit

YBhg. Dato' Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berada di lokasi ketiga bagi Siri Lawatan Projek Pembangunan Negeri Kedah pada hari ini iaitu di tapak projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kedah/Anak Bukit
Di sini YBhg. Dato' KSU mendengar taklimat projek berkaitan peruntukan pembangunan serta projek-projek RTB di seluruh negeri Kedah. Sebanyak lapan RTB yang sedang dan akan dilaksanakan iaitu RTB Jitra Selatan, RTB Sg. Kedah/Anak Bukit, RTB Sg. Pendang, RTB Baling Fasa 1, RTB Baling Fasa 2, RTB. Sg. Bongkok dan RTB Bandar Baharu.