Lawatan Projek Pemuliharaan Muara Sungai Ibai, Terengganu

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐏𝐄𝐌𝐔𝐋𝐈𝐇𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐈𝐁𝐀𝐈, 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 | 𝟑𝟏 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔
YBhg. Dato’ Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berada di tapak Projek Pemuliharaan Muara Sungai Ibai, Terengganu selepas berakhirnya tugasan rasmi di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.
Sebaik tiba di tapak projek, YBhg. Dato’ Ketua Setiausaha PETRA telah diberikan taklimat berkenaan projek sebelum melakukan lawatan tapak bersama Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu.