Lawatan Projek Pembangunan di Daerah Pekan, Pahang oleh Ketua Setiausaha PETRA

YBhg. Dato’ Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah membuat lawatan kerja di Pekan, Pahang bagi meninjau beberapa projek pembangunan di negeri tersebut. Lokasi-lokasi yang dilawati oleh YBhg. Dato' ialah :
1. Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Sungai Temai dan Sungai Ketapang Termasuk Sistem Saliran Banjir di Pekan, Pahang.
2. Projek Program Non Revenue Water (NRW) Nasional Pendekatan 1 Negeri Pahang – Pakej 2 meninjau kerja-kerja penggantian dan pembaikan tangki.
3. Projek Bekalan Air Nenasi Pekan, Pahang.
4. Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Kampung Tg. Batu, Nenasi.
Antara kerja-kerja yang sedang dilakukan di tapak ialah kerja pemasangan batu bagi lapisan 'secondary armour', kerja menjahit panel geotextile bagi struktur 'northern training wall' kerja penambakan pasir di kawasan 'beach nourishment'.