Lawatan Ketua Setiausaha PETRA Ke Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Pemandi

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 𝐊𝐄 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐑𝐀𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐉𝐈𝐑 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐃𝐈 | 𝟐𝟖 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈, 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑
YBhg. Dato' Hj. Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkelapangan menjalankan lawatan ke tapak Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Pemandi dan mendengar sendiri taklimat berkaitan kemajuan pelaksanaan projek ini. Projek tebatan banjir dengan tahap perlindungan 50 ARI ini dijadualkan siap sepenuhnya pada April 2026 dan bakal memberikan manfaat perlindungan risiko banjir kepada penduduk di sekitar Pekan Kota Tinggi, Johor. Taklimat kemajuan telah disampaikan di tapak projek dan lawatan turut dihadiri Pengarah JPS Negeri Johor dan JPS Kota Tinggi.