Lawatan Kerja YB Timbalan Menteri PETRA Ke Kelantan

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐘𝐁 𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 𝐊𝐄 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍 | 𝟐 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍
YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah mengadakan lawatan kerja ke Negeri Kelantan pada 2 Oktober 2025.
Lawatan kerja dimulakan dengan Mesyuarat Jawatankuasa Task Force Bekalan Air Negeri Kelantan yang dipengerusikan oleh YB Timbalan Menteri di Pejabat SPAN Wilayah Utara, Kota Bharu.
Selesai mesyuarat, YB Timbalan Menteri meneruskan lawatan tapak ke projek NRW Nasional (Tangki Imbangan Pasir Tumboh) serta tapak pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Chicha 2.
Pada sebelah petang, YB Timbalan Menteri turut meninjau projek Tebatan/Mitigasi Banjir di bawah Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Kelantan Fasa 1 yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
Lawatan kerja ini bertujuan bagi menilai kemajuan projek berkaitan bekalan air serta mitigasi banjir di Kelantan, selain memastikan pelaksanaan inisiatif berjalan mengikut jadual yang ditetapkan demi kesejahteraan rakyat.