Lawatan Kerja KSU PETRA ke Projek Pembetungan di Sabah

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐘𝐁𝐇𝐆. 𝐃𝐀𝐓𝐎’ 𝐒𝐑𝐈 𝐇𝐀𝐉𝐈 𝐌𝐀𝐃 𝐙𝐀𝐈𝐃𝐈 𝐁𝐈𝐍 𝐌𝐎𝐇𝐃 𝐊𝐀𝐑𝐋𝐈, 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐀𝐈𝐑 (𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀) 𝐊𝐄 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 | 𝟏𝟕 𝐍𝐎𝐕𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓 (𝐈𝐒𝐍𝐈𝐍) | 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐊𝐈𝐍𝐀𝐁𝐀𝐋𝐔, 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇
YBhg. Dato’ Sri Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), telah mendengar taklimat daripada Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sabah (JPPS) dan meninjau dua projek pembetungan strategik yang sedang dilaksanakan di sekitar Kota Kinabalu dan Penampang iaitu Projek Menaik Taraf Loji Rawatan Kumbahan Serantau di Kota Kinabalu Selatan dan Projek Pembinaan Loji Enap Cemar Penampang, Sabah.
Kedua-dua projek ini dibangunkan bagi meningkatkan kapasiti rawatan kumbahan dan mengurangkan limpahan sistem sedia ada di zon selatan bandar raya serta demi memperkukuh sistem pengurusan enap cemar negeri melalui rawatan dan pelupusan yang lebih teratur, selamat dan mematuhi piawaian alam sekitar.
Lawatan ini menunjukkan komitmen PETRA dan Kerajaan MADANI dalam memperkukuh infrastruktur pembetungan negara demi menjamin kesejahteraan hidup rakyat.