Lawatan Delegasi Republik Rakyat China Ke Malaysia

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐋𝐄𝐆𝐀𝐒𝐈 𝐂𝐇𝐈𝐍𝐀 𝐊𝐄 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 | 𝟏𝟔 - 𝟏𝟕 𝐃𝐈𝐒𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀, 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀
Delegasi Republik Rakyat China yang diketuai oleh YBrs. Tuan Jin Hai, Ketua Pengarah Jabatan Kerjasama Antarabangsa dan Sains & Teknologi, Kementerian Sumber Air China, telah mengadakan lawatan kerja ke Malaysia pada 16 dan 17 Disember 2025.
Sepanjang lawatan tersebut, delegasi telah dibawa meninjau operasi serta mengadakan sesi perbincangan di Pejabat Lembangan Sungai Klang, Pusat Kawalan SMART, Loji Rawatan Kumbahan Pantai 2, serta Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM).
Lawatan kerja diakhiri dengan satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Rodzwan bin Mohd Baba Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha (Air), PETRA. Mesyuarat memberi tumpuan kepada perkongsian teknologi dan pengalaman dalam bidang takungan air bawah tanah, keselamatan empangan, pengurusan banjir, serta latihan berkaitan sumber air.
Selain itu, perbincangan turut menyentuh persediaan bagi Mesyuarat Joint Steering Committee di bawah Memorandum Persefahaman (MoU) dalam bidang sumber air yang dijadualkan pada tahun 2026.