Kursus Imej dan Keterampilan : Senyum dan First Impression

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah menganjurkan Kursus “Senyum dan First Impression” di Dewan Baiduri hari ini.
Seramai 97 orang warga PETRA dan Jabatan/Agensi di bawahnya hadir ke kursus yang menampilkan Pengajar dan Perunding Imej Profesional iaitu Encik Anbalagan Alagasamy dari Malaysia Airlines Academy (MAB).
Diakhir sesi kursus, Puan Sharipah Nurzalilie binti Syed Kamarzaman, Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, PETRA merasmikan majlis penutup Kursus Imej dan Keterampilan : Senyum dan First Impression.