Kunjungan Hormat PETRA ke Atas Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐊𝐄 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐆𝐀𝐋𝐈𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍𝐆 | 𝟏𝟑 𝐍𝐎𝐕𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐆𝐀𝐋𝐈𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍𝐆
Kunjungan hormat ke atas YBhg. Dato’ Dr. Faizal bin Kamarudin, Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang oleh YBhg. Dato’ Mohd Norhisham bin Musa, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah diadakan pada hari ini.
Turut hadir bersama Lt. Kol. Bersekutu (PA) Ooi Soon Lee, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Pulau Pinang, YBrs. Encik Hakmal Effendi bin Ishak, Pengarah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) Negeri Pulau Pinang serta pegawai-pegawai daripada PETRA dan JPS Malaysia.
Kunjungan hormat ini diadakan bagi membincangkan dan mencari penyelesaian bersama berkaitan isu-isu tanah tapak projek yang melibatkan projek-projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di negeri Pulau Pinang supaya projek-projek ini dapat dilaksanakan mengikut garis masa yang ditetapkan.
Kerajaan Persekutuan melalui PETRA komited dalam pelaksanaan projek-projek RTB bagi mengatasi risiko banjir yang berlaku di seluruh negara demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat.