Kunjungan Hormat Duta Besar Perancis Ke Atas Timbalan Menteri PETRA

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐔𝐓𝐀 𝐁𝐄𝐒𝐀𝐑 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐂𝐈𝐒 𝐊𝐄 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐓𝐈𝐌𝐁𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 | 𝟏𝟎 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐏𝐀𝐑𝐋𝐈𝐌𝐄𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀
YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah menerima Kunjungan Hormat oleh TYT Axel Cruau, Duta Besar Perancis ke Malaysia bersama delegasi untuk membincangkan potensi kerjasama dalam bidang tenaga yang boleh dilaksanakan antara Malaysia dan Perancis.
Turut hadir dalam sesi kunjungan tersebut ialah YBrs. Encik Asdirhyme Abdul Rasib, Ketua Pegawai Eksekutif MyPower, Datuk Shamsul Ahmad, Chief Regulatory & Stakeholder Management Officer TNB dan pegawai PETRA.