Kesiapsiagaan Pam Kecemasan Mudah Alih Siap Sedia Menghadapi Banjir

πππππππππππππ πππ πππππππππ πππππ ππππ ππππ πππππ ππππππππππ ππππππ
βSehingga 27 November 2025 (10.00 Pagi), JPS telah menggerakkan sebahagian besar aset kritikal untuk operasi dan persediaan awal di kawasan berisiko banjir di seluruh negara.
βKapasiti pam kecemasan mudah alih seluruh Malaysia kini mencapai 606 unit, yang merangkumi milikan JPS Persekutuan serta Negeri.
βKapasiti aset ini membolehkan tindak balas yang lebih pantas dan efektif, terutamanya untuk mengatasi fenomena banjir genang.
β
Operasi Pemasangan Pam Terkini (24-26 November 2025)
βPasukan JPS telah bertungkus-lumus siang dan malam melaksanakan pemasangan pam mudah alih di beberapa lokasi utama sebagai langkah mitigasi awal:
βKedah (Kubang Pasu): Pemasangan 2 unit pam Hydraulic Submersible berkapasiti 280L/s di Projek RTB Jitra Selatan.
βPerlis (Kangar): Pemasangan 2 unit pam Hydraulic Submersible bersaiz besar 560L/s di Kg Tebing Tinggi untuk mengurangkan paras air banjir.
βTerengganu (Kuala Nerus): Pemasangan 1 unit pam Electrical Submersible 560L/s di Lapangan Terbang Sultan Mahmud bagi membendung limpahan air ke landasan.
βPerak (Bagan Datuk): Pemasangan 1 unit pam hidraulik 280L/s di Parit 9, Hutang Melintang.
βKomitmen JPS dan PETRA adalah tegas, setiap aset sedia untuk digerakkan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat terpelihara sepanjang musim MTL.