Kempen Keselamatan Elektrik MELP Bersama Pekebun Sawit, Pesawah, Nelayan dan Orang Awam

𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐄𝐋𝐄𝐊𝐓𝐑𝐈𝐊 𝐌𝐄𝐋𝐏 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐁𝐔𝐍 𝐒𝐀𝐖𝐈𝐓, 𝐏𝐄𝐒𝐀𝐖𝐀𝐇, 𝐍𝐄𝐋𝐀𝐘𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐖𝐀𝐌 | 𝟑 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐅𝐄𝐋𝐂𝐑𝐀 𝐍𝐀𝐒𝐀𝐑𝐔𝐃𝐃𝐈𝐍, 𝐁𝐎𝐓𝐀, 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊
YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melancarkan Kempen Keselamatan Elektrik MELP bersama Pekebun Sawit, Pesawah, Nelayan dan Orang Awam di Bota, Perak pada 3 September 2025.
Kempen ini merupakan susulan daripada Mesyuarat Mitigasi Kemalangan Elektrik di pepasangan utiliti (TNB dan SESB) yang dipengerusikan oleh Suruhanjaya Tenaga pada Mei 2025. Mesyuarat tersebut menekankan kepentingan bersama untuk mengurangkan kemalangan yang melibatkan infrastruktur elektrik di lapangan. Berdasarkan data yang dikumpulkan, lebih 40% daripada kes kemalangan elektrik bagi tempoh 2022 hingga 2024 melibatkan infrastruktur utiliti. Kebanyakan insiden berpunca daripada aktiviti orang awam berhampiran talian elektrik, seperti mengait kelapa dan kelapa sawit menggunakan galah panjang. Melalui kempen ini, setiap individu dalam sektor ini perlu celik tentang keselamatan elektrik.