Karnival Literasi Tenaga 2025

𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐋𝐈𝐓𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝟐𝟗 𝐍𝐎𝐕𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓 (𝐒𝐀𝐁𝐓𝐔) | 𝐊𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐊𝐒 𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐋𝐈𝐌 𝐇𝐈-𝐓𝐄𝐂𝐇 𝐏𝐀𝐑𝐊, 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Malaysia. Karnival ini berjaya menarik kehadiran lebih 7,000 pengunjung, termasuk komuniti industri, pelajar, keluarga, serta masyarakat setempat.
Program ini bertujuan mendidik rakyat Malaysia menjadi pengguna tenaga yang celik dan bertanggungjawab. YB Timbalan Menteri menekankan kepentingan karnival ini sebagai usaha membawa pengetahuan tenaga terus kepada rakyat. Apabila rakyat celik tenaga, mereka bukan sekadar menjimatkan elektrik, tetapi turut menyokong usaha negara ke arah masa depan hijau dan mampan.
Karnival ini turut dihadiri oleh YM Tengku Zahaimi Tuan Hashim, Pengarah Eksekutif, NUR Power Sdn Bhd, Ybrs. Puan Mareena binti Mahpudz, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) PETRA, PEMANDU-PEMANDU Program Literasi Tenaga Malaysia (MELP) dan masyarakat setempat.