Hari Psikologi dan Hari Terbuka BPSM PETRA 2025

𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐔𝐊𝐀 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐄𝐑 𝐌𝐀𝐍𝐔𝐒𝐈𝐀 (𝐁𝐏𝐒𝐌) 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝟒 𝐍𝐎𝐕𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐈𝐃𝐔𝐑𝐈, 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀
Hari Psikologi dan Hari Terbuka BPSM PETRA 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada 4 November 2025 di Dewan Baiduri, Menara PETRA. Hari Terbuka BPSM akan diteruskan sehingga 4 November 2025.
Program yang mengangkat tema “Bekerja Dengan Jiwa, Bahagia Selalu Ada” ini menjadi platform untuk memperkukuh kesejahteraan mental, emosi dan psikologi warga PETRA, di samping mempererat komunikasi dua hala antara BPSM dan warga kerja Kementerian.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Puan Mareena binti Mahpudz, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga), PETRA. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menekankan pentingnya kesejahteraan psikologi sebagai tunjang kepada budaya kerja positif dan berprestasi tinggi. Dalam majlis tersebut, turut diadakan penyampaian watikah pelantikan mentor dan menti bagi Program Pementoran Kepimpinan PETRA tahun 2025, pelancaran Portal Psikologi PETRA serta pengenalan Maskot Keseronokan Bekerja PETRA iaitu Bee Bee Si Lebah, yang menjadi simbol semangat berpasukan, ketekunan dan jiwa bahagia dalam bekerja. YBhg. Dato’ Mohd Norhisham bin Musa, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) turut hadir ke majlis tersebut.
Antara pengisian menarik sepanjang program termasuk sesi perkongsian inspirasi oleh tokoh kulinari dan chef selebriti terkenal Datuk Chef Wan, ceramah motivasi oleh Tuan Haji Fadzli Aziz dan aktiviti-aktiviti interaktif.
Program ini bukan sekadar acara tahunan, tetapi satu langkah bermakna dalam membina budaya kerja yang positif, harmoni dan penuh makna, kerana apabila warga bekerja dengan jiwa, bahagia itu akan sentiasa ada dan organisasi akan menuai manfaatnya.