Business Matching @ Minggu 22 Ekspo 2025 Osaka

𝐁𝐔𝐒𝐈𝐍𝐄𝐒 𝐌𝐀𝐓𝐂𝐇𝐈𝐍𝐆 @ 𝐌𝐈𝐍𝐆𝐆𝐔 𝟐𝟐 𝐄𝐊𝐒𝐏𝐎 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐎𝐒𝐀𝐊𝐀 | 𝟏𝟏 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐉𝐄𝐏𝐔𝐍
PETRA dan NRES menerusi agensi pelaksananya, MGTC telah menganjurkan Business Matching @ Week 22 Ekspo 2025 Osaka dengan penyertaan 15 buah syarikat Malaysia. Sesi Business Matching ini juga telah diadakan dengan kerjasama MATRADE di Business Hall, Pavilion Malaysia.
Syarikat-syarikat Malaysia turut merangkumi Tenaga Nasional Berhad (TNB), Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd., Ranhill SAJ Sdn. Bhd., Global Tunikara Sdn. Bhd., FatHopes Energy Sdn. Bhd., Gaia Greentech Sdn. Bhd., Heng Hiap Industries Sdn. Bhd., Thursinar Energy Sdn. Bhd., Pumar Solar Power Sdn. Bhd., Nextgreen Global Berhad, Malakoff Corporation Berhad, Cube Global Sdn. Bhd., Concord Renewable Energy Sdn. Bhd. (CRE) dan UEM Lestra Berhad.
Sesi ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakan di mana lebih daripada 80 slot padanan perniagaan telah diadakan melibatkan syarikat dan organisasi Jepun dengan jangkaan pulangan pelaburan yang memberangsangkan.
PETRA, NRES dan MGTC ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada syarikat-syarikat yang telah menyertai Business Matching @ Week 22 Ekspo 2025 Osaka.