Projek Pembahagian 33/11kV Pencawang Pembahagi Utama (PPU) Lingkudau, Ranau

Projek Pembahagian 33/11kV Pencawang Pembahagi Utama (PPU) Lingkudau, Ranau telah berjaya dimulatugas dengan jayanya pada 11 Januari 2024 (Khamis), jam 11.30 malam.
Ini bermakna daerah Ranau telah berjaya dibekalkan sepenuhnya melalui sistem grid talian; menandakan tamatnya keperluan Stesen Janakuasa Ranau yang beroperasi dengan penggunaan enjin diesel, dimana ini memberi kesan pencemaran udara dan bunyi sejak tahun 1972.
Operasi PPU Lingkudau dijangka dapat meningkatkan kestabilan dan kapasiti bekalan elektrik di kawasan Ranau dan sekitarnya. Dengan nilai projek sebanyak RM 30 juta, projek ini telah diserahkan kepada Sabah SDN BHD (SESB) dan diharapkan dapat meningkatkan kemampuan bekalan elektrik terutama di Ranau dan sistem grid Sabah secara keseluruhan.