Page 28 - Demo
P. 28


                                    2.0 Kerangka Naratif / Story House PETRA24 | Laporan Tahunan PETRA 2024PENGENALAN2024HalaTuju4KK K K KMerupakan tahun penting bagi Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam memperkukuh dasar, tadbir urus dan pelaksanaan inisiatif strategik berkaitan tenaga dan air. Selaras dengan aspirasi nasional untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan dan berdaya tahan, PETRA terus memberi tumpuan kepada usaha memastikan keterjaminan bekalan tenaga dan sumber air, mempercepat peralihan kepada tenaga bersih, serta meningkatkan keberkesanan pengurusan sumber air negara.Bagi memperkukuh naratif penyampaian dan memudahkan pemahaman terhadap hala tuju strategik Kementerian, PETRA memperkenalkan Kerangka Naratif/Story House PETRA sebagai landasan komunikasi utama.Dalam melaksanakan tanggungjawab ini, PETRA menekankan pendekatan peralihan dan transformasi, berlandaskan prinsip Keterjaminan, Keselamatan, Kemampanan dan Kesejahteraan (4K). Pendekatan ini memastikan setiap dasar dan program yang digerakkan memberi keseimbangan antara keperluan pembangunan ekonomi, pemeliharaan alam sekitar dan kesejahteraan rakyat.Keterjaminan Keselamatan Kemampanan Kesejahteraan
                                
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32