Page 22 - Demo
P. 22
1.0 Profil Korporat18 | Laporan Tahunan PETRA 2024PelangganPiagamMemproses permohonan Lesen Awam Penjanaan, Lesen Awam Pengagihan dan Lesen Persendirian dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen lengkap daripada Suruhanjaya Tenaga.01Memproses rayuan Pemegang Kelulusan Galakan (PKG) dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen lengkap daripada Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Mampan.02Meningkatkan kecekapan tenaga bagi menjamin perkhidmatan yang berdaya harap, mampu bayar dan mampan.03Tuntutan bayaran interim kontraktor diproses dalam tempoh masa 14 hari selepas tuntutan diterima.04Mengemukakan Surat Tawaran Pembiayaan Dana Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik kepada Penerima Biaya dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh kelulusan.05Mengemukakan maklum balas/ulasan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen/emel berkenaan perkara dan isu lengkap yang diterima oleh Bahagian Sumber Air.06

