Page 91 - Demo
P. 91
4.0 Pencapaian Tahunan 2024KEMENTERIAN PERALIHAN TENAGA DAN TRANSFORMASI AIR (PETRA) | 8701 04050602033.0 Pencapaian Tahun 2024BAHAGIAN PERKHIDMATAN AIR DAN PEMBETUNGAN (BAP)Pelan Hala Tuju Transformasi Air (AIR 2040)Pelan Hala Tuju Transformasi Air (AIR 2040) telah dilancarkan sebagai langkah strategik nasional bagi memastikan pengurusan sumber air negara lebih mampan dan efisien. Peluncuran ini menjadi platform penting dalam menyatukan usaha pelbagai pihak untuk mencapai objektif jangka panjang sektor air negara.Pelaksanaan AIR 2040 akan diteruskan melalui pelbagai program lanjutan di peringkat negeri dan persekutuan. Fokus utama bagi tahun 2025 adalah memperkukuh pelaksanaan dasar, meningkatkan kolaborasi antara pemegang taruh, serta memperluas kesedaran awam terhadap kepentingan pengurusan sumber air mampan.4.0 Rumusan dan Impak3.1 Peluncuran Pelan Hala Tuju Transformasi Air (AIR 2040)OBJEKTIFMenjamin keselamatan dan kemampanan sumber air negara serta menggerakkan strategi-strategi utama dalam agenda nasional AIR 2040.IMPAKMajlis peluncuran ini menjadi titik permulaan penting dalam menggerakkan pelaksanaan AIR 2040. Kerajaan memainkan peranan signifikan dalam memastikan pelaksanaan agenda ini berjalan secara efisien dan sistematik. Selain itu, kerjasama antara sektor awam dan swasta turut diperkukuh bagi memastikan kejayaan pelaksanaan strategi AIR 2040.ISU & CABARAN1. Penglibatan pelbagai agensi berkaitan yang memerlukan penyelarasan rapi.2. Keperluan sokongan padu daripada pihak berkepentingan dan pemegang taruh bagi pelaksanaan menyeluruh.PERANCANGAN 2025Pelbagai program akan dilaksanakan pada tahun 2025 mengikut keperluan dan konteks negeri masing-masing bagi memperkenalkan dan menggerakkan agenda AIR 2040 ke peringkat pelaksanaan.OUTPUTMajlis peluncuran AIR 2040 melibatkan seramai 900 peserta terdiri daripada Exco Kerajaan Negeri, wakil Kementerian, agensi persekutuan dan negeri, pemain industri, ahli akademik, pakar serta penyelidik, serta wakil daripada organisasi bukan kerajaan (NGO).KOSRM770,181.63 (dibiayai oleh Akademi Sains Malaysia)

