The 8th World Conference on Islamic Thought and Civilization (WCIT 2026)

πππ πππ πππππ ππππ
ππππππ ππ πππππππ πππππππ & ππππππππππππ (ππππππππ)| ππ πππππ ππππ | ππππ, πππππ
YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri PETRA hadir sebagai ahli panel Sesi Dialog Diraja sempena World Conference on Islamic Thought and Civilization (WCIT 2026) yang berlangsung di Casuarina @ Meru, Ipoh, Perak.
Persidangan berprestij ini diserikan dengan keberangkatan dan Titah Utama DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang menggariskan kepentingan keutuhan nilai, kepimpinan berintegriti dan perpaduan dalam membina tamadun yang berdaya tahan.
Dalam sesi dialog tersebut, YAB Timbalan Perdana Menteri menekankan hubungkait antara keselamatan tenaga dan maritim global dengan rantaian bekalan serta ekonomi negara. Sejajar dengan prinsip kepimpinan ππͺπ³π€ππ¦ π°π§ ππ―π§ππΆπ¦π―π€π¦, kementerian kekal komited memperkukuh daya tahan negara melalui Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), kepelbagaian sumber tenaga, dan kesiapsiagaan strategik demi memastikan kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negara yang berterusan.