Sesi Working Meeting Bersama Delegasi Persekutuan Rusia

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐖𝐎𝐑𝐊𝐈𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐃𝐄𝐋𝐄𝐆𝐀𝐒𝐈 𝐑𝐔𝐒𝐈𝐀 | 𝟐𝟗 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀, 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah menghadiri Sesi Working Meeting bersama delegasi Persekutuan Rusia yang diketuai oleh TYT Roman Marshavin, Timbalan Menteri Tenaga Persekutuan Rusia.
Pertemuan dua hala ini menyaksikan perbincangan strategik berfokus kepada pertukaran pandangan mengenai inovasi teknologi tenaga bersih dan mampan. Sesi ini turut memperkasakan usaha sama ke arah mencapai aspirasi Pelepasan Gas Rumah Hijau (GHG) Sifar Bersih negara menjelang tahun 2050.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada TYT Roman Marshavin serta seluruh delegasi atas sesi perbincangan yang berimpak tinggi ini. Semoga jalinan kerjasama dan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Rusia dalam sektor tenaga terus berkembang kukuh demi kesejahteraan bersama.
Wakil daripada PETRA dan agensi yang turut sama dalam sesi tersebut ialah YBrs. Dr. Safuwan bin Samah, Setiausaha Bahagian Strategik dan Antarabangsa PETRA, Encik Asdirhyme bin Abdul Rasib, Ketua Pegawai Eksekutif MyPower dan YBhg. Dato' Ir. Muhamad Nazri bin Pazil, Ketua Pegawai Kanan Strategi, Kawal Selia & Kelestarian, Tenaga Nasional Berhad (TNB) serta pegawai-pegawai kanan dari Sektor Tenaga di PETRA.