Program MELP Bersama Komuniti Mukim Cheka 1, Pahang

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐄𝐍𝐄𝐑𝐆𝐘 𝐋𝐈𝐓𝐄𝐑𝐀𝐂𝐘 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐊𝐎𝐌𝐔𝐍𝐈𝐓𝐈 𝐃𝐈 𝐌𝐔𝐊𝐈𝐌 𝐂𝐇𝐄𝐊𝐀 𝟏, 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐈𝐏𝐈𝐒, 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 | 𝟓 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐈𝐏𝐈𝐒, 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dengan kerjasama Malaysia Energy Literacy Program (MELP) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menganjurkan Program MELP Bersama Komuniti bertempat di Dewan Terbuka, Kampung Mela, Mukim Cheka 1, Kuala Lipis, Pahang.
Majlis yang disempurnakan oleh YB Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri PETRA, bertujuan meningkatkan kesedaran dan pemahaman masyarakat mengenai kepentingan keselamatan elektrik, kecekapan tenaga serta kemudahan digital seperti aplikasi myTNB dan pencerahan Bil Elektrik.
Program ini turut menyaksikan penyerahan Sumbangan 𝘊𝘰𝘳𝘱𝘰𝘳𝘢𝘵𝘦 𝘚𝘰𝘤𝘪𝘢𝘭 𝘙𝘦𝘴𝘱𝘰𝘯𝘴𝘪𝘣𝘪𝘭𝘪𝘵𝘺 (CSR) daripada pihak TNB kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Al-Ihsan, Komuniti Kampung Gua dan Komuniti Mukim Cheka 1.
Turut hadir menyerikan majlis ialah YBhg. Datin Paduka Mareena binti Mahpudz, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) PETRA; Datuk Kamal Arifin bin A. Rahman, Chief Retail Officer TNB; Puan Shahannom binti Izham, Chief Regulatory Stakeholder Management Officer TNB; YH Dato’ Mohd Hafizi bin Ibrahim, Pegawai Daerah Kuala Lipis; serta pegawai-pegawai kanan PETRA, Suruhanjaya Tenaga (ST), TNB dan penduduk setempat.