Pertandingan Serlahan Bakat Siri Merdeka PETRA Tahun 2026

𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐑𝐋𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐑𝐃𝐄𝐊𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐍𝐈𝐊𝐌𝐀𝐓𝐈 | 𝟏𝟓 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐈𝐃𝐔𝐑𝐈, 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀
Semangat patriotisme terus disemarakkan menerusi Pertandingan Serlahan Bakat Siri Merdeka PETRA Tahun 2026: Kesejahteraan Dinikmati.
Acara kemuncak sambutan Bulan Kebangsaan PETRA ini menghimpunkan warga PETRA, Jabatan dan Agensi menerusi 15 persembahan penuh kreativiti dan semangat cintakan negara, merangkumi deklamasi sajak, pidato, nyanyian lagu patriotik, lakonan, pantomen dan dikir barat.
Majlis telah diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Mohd Rodzwan Bin Mohd Baba Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha (Air), PETRA dan YBhg. Dato’ Mohd Norhisham Bin Musa, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) PETRA, pegawai-pegawai kanan PETRA serta seluruh warga PETRA dan Jabatan serta Agensi di bawahnya.
Lebih daripada sekadar pertandingan, pentas ini menjadi ruang warga PETRA menzahirkan bakat, kreativiti, semangat kebersamaan serta penghayatan terhadap erti kemerdekaan selaras dengan tema “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”.
Program sambutan Bulan Kebangsaan PETRA Tahun 2026 turut dilaksanakan dengan kerjasama erat Kelab PETRA dan PUSPANITA PETRA, sekali gus mengeratkan hubungan serta semangat kebersamaan dalam kalangan warga PETRA.
Syabas dan tahniah kepada semua peserta yang berani tampil menyerlahkan bakat! Terus suburkan semangat merdeka, terus raikan bakat dan kebersamaan warga PETRA.
Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati.