PETRA Menerima Anugerah Malaysia Outreach Project of the Year - Communications

𝐆𝐎𝐕𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐂𝐎𝐍𝐅𝐄𝐑𝐄𝐍𝐂𝐄 & 𝐀𝐖𝐀𝐑𝐃𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟗 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐒𝐈𝐍𝐆𝐀𝐏𝐔𝐑𝐀
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melakar kejayaan membanggakan apabila merangkul anugerah 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐎𝐮𝐭𝐫𝐞𝐚𝐜𝐡 𝐏𝐫𝐨𝐣𝐞𝐜𝐭 𝐨𝐟 𝐭𝐡𝐞 𝐘𝐞𝐚𝐫 – 𝐂𝐨𝐦𝐦𝐮𝐧𝐢𝐜𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧𝐬 di 𝘎𝘰𝘷𝘔𝘦𝘥𝘪𝘢 𝘊𝘰𝘯𝘧𝘦𝘳𝘦𝘯𝘤𝘦 & 𝘈𝘸𝘢𝘳𝘥𝘴 2026.
Pengiktirafan berprestij ini berjaya diraih menerusi inisiatif komunikasinya yang berimpak tinggi, iaitu 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 𝐒𝐤𝐮𝐚𝐝: 𝐀 𝐌𝐢𝐧𝐢𝐬𝐭𝐫𝐲 𝐢𝐧 𝐀𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧. Dilancarkan sejak tahun 2024, program jangkauan luar (outreach) nasional ini telah menghubungkan jurang antara pelaksanaan infrastruktur penting dan kefahaman masyarakat di seluruh pelosok negara, meliputi Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Kelantan, Terengganu, dan Sabah. Melalui pendekatan turun padang dan penceritaan pelbagai platform, inisiatif ini membuktikan ketelusan serta komitmen kementerian dalam menguruskan sektor sensitif rakyat seperti keterjaminan air dan peralihan tenaga boleh baharu.
Kejayaan berganda turut dirasai apabila agensi di bawah PETRA, iaitu 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐀𝐬𝐞𝐭 𝐀𝐢𝐫 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝 (𝐏𝐀𝐀𝐁), turut diumumkan sebagai pemenang bagi kategori 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐄-𝐆𝐨𝐯𝐞𝐫𝐧𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐏𝐫𝐨𝐣𝐞𝐜𝐭 𝐨𝐟 𝐭𝐡𝐞 𝐘𝐞𝐚𝐫 – 𝐔𝐭𝐢𝐥𝐢𝐭𝐢𝐞𝐬 dalam majlis yang sama.
Semoga pengiktirafan di peringkat Asia Pasifik ini terus membakar semangat seluruh warga kementerian dan agensi untuk terus memberikan penyampaian perkhidmatan yang terbaik, telus, dan berimpak tinggi demi kesejahteraan rakyat Malaysia.