Mesyuarat Penyediaan Jawapan Parlimen bagi Sidang Pertama Parlimen Ke-15 Peringkat Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA)

πππππππππ ππππππππππ πππππππ ππππππππ πππππ ππππππ ππππ πππππππππ πππππππ, πππππππ ππππππ, ππππππππ ππππππ πππππ ππππ | ππ-ππ πππππππ ππππ | ππππππ πππππ, πππππππππ
Mesyuarat Penyediaan Jawapan Parlimen bagi Sidang Pertama Parlimen Ke-15 Peringkat Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) yang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Sri Haji Mad Zaidi Bin Mohd Karli, KSU PETRA bertujuan bagi membolehkan pegawai penyelaras dan penyedia jawapan untuk lebih fokus dalam menyediakan jawapan bagi soalan-soalan Parlimen yang telah diterima oleh Kementerian ini. Mesyuarat ini juga dilaksanakan agar dapat memastikan kesemua jawapan bagi setiap soalan dapat diperaku dan diluluskan sebelum Parlimen mula bersidang pada 19 Januari 2026 kelak.
Platform ini digunakan untuk mengumpul dan menyelaras maklumat-maklumat yang tepat dan terkini sebelum disampaikan kepada umum agar masyarakat lebih cakna dan bersama-sama menyokong hasrat Kerajaan Perpaduan di bawah Gagasan MADANI YAB Perdana Menteri.
Turut hadir bersama ke sesi mesyuarat ini ialah YBhg. Datoβ Mohd Rodzwan bin Mohd Baba Sakri (TKSU Air), Puan Roshana Alma binti Mohd Ali (SUB Sumber Air), Encik Anuar Zaki bin Bakar (SUB Bekalan Elektrik), En. Rosmahyuddin bin Baharuddin (SUB Tenaga Lestari), YBrs. Dr. Safuwan bin Samah (SUB Perancangan Strategik dan Antarabangsa), YBrs. Ir. Asnol Adzhan bin Abd. Manap (Pengarah Bahagian Korporat, JPS) dan wakil daripada Jabatan dan Agensi di bawah PETRA (JPS, JPP, JBA, SPAN, IWK, SEDA, ST, TNB, NAHRIM).
Tarikh Parlimen bersidang bagi Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Parlimen Kelima Belas 2026 direncanakan pada:
β Dewan Rakyat = 19 Januari 2026 hingga 3 Mac 2026
β Dewan Negara = 23 Februari 2026 hingga 12 Mac 2026