Mesyuarat Penutup dan Sesi Penamatan (Sign-off) bagi Projek Pembangunan Pelan Strategik Pendigitalan PETRA 2026–2030

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 (𝐒𝐈𝐆𝐍 𝐎𝐅𝐅) 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐆𝐈𝐓𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔-𝟐𝟎𝟑𝟎 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐆𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 | 𝟐𝟖 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀, 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah menganjurkan Mesyuarat Penutup dan Sesi Penamatan (Sign-off) bagi Projek Pembangunan Pelan Strategik Pendigitalan PETRA 2026–2030 (PSD PETRA).
PSD PETRA disediakan sebagai dokumen panduan utama bagi memacu agenda pendigitalan kementerian untuk tempoh lima (5) tahun secara berfasa melalui inisiatif berimpak tinggi. Pelan ini bukan sahaja berfungsi sebagai dokumen perancangan teknologi, malah menjadi instrumen pemboleh daya yang menyeluruh untuk meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan dan operasi secara berterusan khususnya dalam perkhidmatan teras PETRA iaitu pengurusan bekalan elektrik dan air negara.
Sesi penutup ini telah diwakili oleh YBhg. Dato' Mohd Norhisham bin Musa, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) bagi pihak PETRA, manakala YBrs. Ts. Dr. Istianah binti Mahdzur, Perunding ICT, mewakili Jabatan Digital Negara.
Pelan yang dibangunkan secara dalaman dengan khidmat perundingan daripada Jabatan Digital Negara (JDN) ini sebelum ini telah dilancarkan oleh YB Dato' Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad, Timbalan Menteri PETRA, bersempena Perhimpunan Bulanan PETRA pada 3 September 2026.