Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) ke-44

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈-𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀 𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍 (𝐀𝐌𝐄𝐌) 𝐊𝐄-𝟒𝟒 | 𝟕 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐅𝐈𝐋𝐈𝐏𝐈𝐍𝐀
YBhg. Dato’ Sri Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN ke-44 (44th ASEAN Ministers on Energy Meeting - 44th AMEM) yang berlangsung di Metro Manila, Filipina.
Dalam mesyuarat ini, Malaysia mengulangi komitmen dan menekankan kepentingan memperkukuh Grid Tenaga ASEAN (ASEAN Power Grid - APG), meningkatkan kerjasama dalam bidang Tenaga Boleh Baharu (TBB) dan Kecekapan Tenaga, serta memantapkan perdagangan elektrik rentas sempadan demi menyokong integrasi tenaga bersih di rantau ini.