Mesyuarat Menteri-Menteri AZEC Ke-4

𝟒𝐓𝐇 𝐀𝐙𝐄𝐂 𝐌𝐈𝐍𝐈𝐒𝐓𝐄𝐑𝐈𝐀𝐋 𝐌𝐄𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆 | 𝟖 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐅𝐈𝐋𝐈𝐏𝐈𝐍𝐀
YBhg. Dato’ Sri Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) mewakili kerajaan Malaysia menyempurnakan pertukaran Letter of Intent (LOI) antara Kerajaan Malaysia dengan Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun (METI) sempena Mesyuarat Menteri-Menteri AZEC Ke-4.
LOI yang telah ditandatangani oleh YAB Menteri PETRA ini akan memperkukuh kerjasama Malaysia–Jepun dalam bidang keselamatan tenaga dan peralihan tenaga, termasuk tenaga boleh baharu, kecekapan tenaga, tenaga nuklear serta pembangunan infrastruktur grid.