Mesyuarat Hala Tuju Pemakaian Akta Kawasan Pengairan 1953 [Akta 386] dan Akta Kerja Saliran 1954 [Akta 354]

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐋𝐀 𝐓𝐔𝐉𝐔 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐊𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐓𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐒𝐀𝐋𝐈𝐑𝐀𝐍 𝟏𝟗𝟓𝟒 [𝐀𝐊𝐓𝐀 𝟑𝟓𝟒] 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐊𝐓𝐀 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐈𝐑𝐀𝐍 𝟏𝟗𝟓𝟑 [𝐀𝐊𝐓𝐀 𝟑𝟖𝟔] | 𝟐𝟗 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐈𝐃𝐔𝐑𝐈, 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀
Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) telah menganjurkan Mesyuarat Hala Tuju Pemakaian Akta Kawasan Pengairan 1953 [Akta 386] dan Akta Kerja Saliran 1954 [Akta 354] pada 29 September 2026 bertempat di Dewan Baiduri, Menara PETRA.
Mesyuarat bertujuan untuk menilai kesesuaian pemakaian kedua-dua Akta berkenaan dengan mengambil kira keperluan semasa serta perkembangan baharu dalam pengurusan pengairan dan saliran negara.
Perbincangan turut meneliti skop, peranan, kaedah pelaksanaan serta ruang penambahbaikan bagi memastikan kerangka perundangan berkaitan kekal relevan, jelas dan mampu menyokong pelaksanaan yang berkesan di lapangan.
Usaha ini merupakan langkah awal PETRA ke arah tindakan susulan bagi memperkukuh kerangka perundangan berkaitan. Semoga usaha ini akan menyokong pengurusan sumber air yang lebih bersepadu demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara yang mampan, selaras dengan elemen Kemampanan di bawah kerangka Malaysia MADANI.