Majlis Pertukaran Dokumen Electricity Supply Agreement (ESA) dan Cooling Energy Supply Agreement (CESA) Antara TNB dan Air Selangor

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐊𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐎𝐊𝐔𝐌𝐄𝐍 𝐄𝐋𝐄𝐂𝐓𝐑𝐈𝐂𝐈𝐓𝐘 𝐒𝐔𝐏𝐏𝐋𝐘 𝐀𝐆𝐑𝐄𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓 (𝐄𝐒𝐀) 𝐃𝐀𝐍 𝐂𝐎𝐎𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐄𝐍𝐄𝐑𝐆𝐘 𝐒𝐔𝐏𝐏𝐋𝐘 𝐀𝐆𝐑𝐄𝐄𝐌𝐄𝐍𝐓 (𝐂𝐄𝐒𝐀) 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝐓𝐍𝐁 𝐃𝐀𝐍 𝐀𝐈𝐑 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐍𝐆𝐎𝐑 | 𝟐𝟕 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐑, 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑
Satu kerjasama strategik telah dimeterai antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) menerusi Pertukaran Dokumen 𝘌𝘭𝘦𝘤𝘵𝘳𝘪𝘤𝘪𝘵𝘺 𝘚𝘶𝘱𝘱𝘭𝘺 𝘈𝘨𝘳𝘦𝘦𝘮𝘦𝘯𝘵 (ESA) dan 𝘊𝘰𝘰𝘭𝘪𝘯𝘨 𝘌𝘯𝘦𝘳𝘨𝘺 𝘚𝘶𝘱𝘱𝘭𝘺 𝘈𝘨𝘳𝘦𝘦𝘮𝘦𝘯𝘵 (CESA) demi memperkukuh kecekapan utiliti di Selangor dan Kuala Lumpur.
Majlis pertukaran dokumen ini telah disaksikan oleh YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bersama YAB Dato' Seri Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor. Menerusi perjanjian ESA, Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Rasau menjadi rakan strategik pertama yang menerima bekalan elektrik secara terus bagi mempertingkat keterjaminan bekalan elektrik, sekali gus memastikan operasi rawatan dan agihan air kekal stabil, cekap, dan berdaya tahan.
Pada masa yang sama, perjanjian CESA bagi tempoh 20 tahun bakal memodenkan sistem penyejukan di Ibu Pejabat Air Selangor dan Bangunan Wilayah Kuala Lumpur. Inisiatif ini dijangka mengurangkan kos penyejukan sebanyak 11 peratus bersamaan penjimatan sekitar RM2.78 juta sepanjang tempoh konsesi, di samping mengurangkan pelepasan karbon serta meningkatkan kecekapan operasi harian.
Kerjasama antara dua gergasi utiliti negara ini membuktikan komitmen berterusan Kerajaan dalam memantapkan perkhidmatan asas demi kesejahteraan rakyat Selangor dan Kuala Lumpur.