Majlis Penyerahanan Projek Pembangunan Di Bawah PETRA Kepada Kerajaan Negeri Terengganu

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐁𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 | 𝟏𝟓 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia telah berjaya menyiapkan dua projek pembangunan impak tinggi dan menyerahkannya secara rasmi kepada Kerajaan Negeri Terengganu dalam satu majlis yang berlangsung di Menara PETRA pada 15 Oktober 2026.
Sesi penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah JPS Malaysia, YBhg. Datuk Ir. Mohamad Radzi bin Abdul Talib, kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Terengganu, YBhg. Dato’ Haji Azran Amin bin Mazlan. Majlis penuh bermakna ini turut disaksikan oleh Ketua Setiausaha PETRA, YBhg. Dato’ Sri Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, serta Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, YB Dato’ Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham.
Pelaksanaan projek ini merupakan langkah proaktif PETRA dalam memperkasakan infrastruktur air negara, yang bertujuan khusus untuk mengurangkan risiko bencana banjir, menangani isu hakisan pantai secara mampan, serta menjamin keselamatan dan kesejahteraan komuniti setempat di Negeri Terengganu.