Majlis Penyerahan Projek Menyiapkan Baki Kerja Projek Pembahagian PPU Gudon kepada Timbalan Pengarah UPEN, Kerajaan Negeri Sabah

ππππππππππ πππππππππ πππππππππππ πππππ (πππ) πππππ ππ/πππ€π | π πππ ππππ | ππππ ππππππππ, πππππ
YBhg. Datoβ Sri Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), telah menyaksikan Majlis Penyerahan Projek Menyiapkan Baki Kerja Projek Pembahagian PPU Gudon kepada Timbalan Pengarah UPEN, Kerajaan Negeri Sabah. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengerusi Sabah Eelctricity, Ketua Eksekutif Sabah Electricity serta wakil dari Suruhanjaya Tenaga Sabah.
Dengan siapnya projek ini, ianya dapat menyediakan kapasiti untuk anggaran seramai 6,000 pengguna baru dan sediaada di kawasan Gudon, Tebobon, Sepanggar dan Menggatal. Projek ini juga akan memperkukuhkan sistem 11kV di kawasan tersebut. Ini secara tidak langsung dapat memberi kemudahan dan keselesaaan kepada penduduk di Sabah khususnya di Gudon. Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menambahbaik taraf ekonomi masyarakat khususnya di kawasan Gudon dengan menyediakan infrastruktur bekalan elektrik dan persekitaran yang baik untuk memberi manfaat kepada seluruh penduduk Sabah amnya.