Majlis Pengiktirafan Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) Tahun 2025

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐈𝐊𝐓𝐈𝐑𝐀𝐅𝐀𝐍 𝐑𝐄𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐊𝐄𝐑𝐄𝐍𝐀𝐇 𝐁𝐈𝐑𝐎𝐊𝐑𝐀𝐒𝐈 (𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀) | 𝟐𝟗 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐑𝐍𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐂𝐎𝐍𝐕𝐄𝐍𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐂𝐄𝐍𝐓𝐑𝐄 (𝐏𝐈𝐂𝐂)
Sebanyak 425 projek RKB telah berjaya disiapkan di peringkat nasional dengan anggaran kos pematuhan yang berjaya dijimatkan mencecah RM2.91 bilion.
YBhg. Datin Paduka Mareena binti Mahpudz, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) hadir mewakili Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) ke Majlis Pengiktirafan Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) yang berlangsung pada 29 Jun 2026 di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
PETRA terus komited memacu Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) melalui pelaksanaan Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB), yang bertujuan untuk menyemak semula peraturan sedia ada bagi memastikan pentadbiran yang lebih cekap, meningkatkan produktiviti, dan mengurangkan beban peraturan terhadap rakyat serta komuniti perniagaan.
Dua projek utama di bawah Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia yang berjaya dilaksanakan ialah:
PETRA akan terus memperkukuh pelaksanaan projek RKB bagi menyokong aspirasi ARPA serta memacu kelestarian peralihan tenaga dan transformasi air negara.