Majlis Pembukaan Technical Workshop on ASEAN IWRM Country Strategy Guidelines and Water Data Management and Reporting System

๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐) ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ | ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ | ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia hari ini menganjurkan Technical Workshop on ASEAN IWRM Country Strategy Guidelines and Water Data Management and Reporting System.
Bertempat di Dewan Baiduri, Menara PETRA, bengkel selama dua hari (20โ21 April 2026) ini berlangsung secara hibrid bagi membincangkan hala tuju pengurusan sumber air mampan di peringkat ASEAN.
Perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Datoโ Sri Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA, bersama Dr. Oudomsack Philavong, Pengerusi AWGWRM (secara maya). Tujuan utama penganjuran bengkel ini adalah untuk menyelaras kerangka pelaporan ๐๐ฏ๐ต๐ฆ๐จ๐ณ๐ข๐ต๐ฆ๐ฅ ๐๐ข๐ต๐ฆ๐ณ ๐๐ฆ๐ด๐ฐ๐ถ๐ณ๐ค๐ฆ๐ด ๐๐ข๐ฏ๐ข๐จ๐ฆ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ต (IWRM) serta menambah baik sistem pengurusan data air antara negara anggota ASEAN. Bengkel ini juga melibatkan Sekretariat ASEAN, pakar industri, serta ahli akademik bagi memperkukuh daya tahan sumber air serantau.
Sebagai sebahagian daripada pengisian, para delegasi akan mengadakan lawatan teknikal ke Terowong SMART pada 21 April bagi melihat sendiri keupayaan sistem pengurusan banjir bandar Malaysia yang tersohor di peringkat global.
PETRA dan JPS Malaysia komited menerajui inisiatif IWRM demi masa depan air yang lebih mampan untuk rantau ASEAN.