Majlis Kibarkan Jalur Gemilang : Kesejahteraan Dinikmati

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐊𝐈𝐁𝐀𝐑𝐊𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐋𝐔𝐑 𝐆𝐄𝐌𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐉𝐀𝐇𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐍𝐈𝐊𝐌𝐀𝐓𝐈 | 𝟏 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑
YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara, telah menyempurnakan Majlis Kibarkan Jalur Gemilang 2026: Kesejahteraan Dinikmati dengan menyerahkan Kit Jalur Gemilang kepada Ketua Setiausaha kementerian dan Ketua Perkhidmatan.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) diwakili oleh YBhg. Dato’ Sri Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA, yang menerima Kit Jalur Gemilang bagi pihak Kementerian.
PETRA turut menyertai perarakan kenderaan bersama kementerian dan jabatan lain sebagai simbol semangat patriotisme, kebersamaan dan kecintaan terhadap negara bersempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026.
Ayuh kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh rasa bangga serta bersama-sama menghayati semangat kemerdekaan demi Malaysia yang sejahtera dan bersatu padu.