Lawatan Tapak dan Bengkel Akhir Bagi Projek Innovative Design Solutions For Floating Solar Structures Challenging Hydrodynamic Environments

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐃𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐈𝐍𝐍𝐎𝐕𝐀𝐓𝐈𝐕𝐄 𝐃𝐄𝐒𝐈𝐆𝐍 𝐒𝐎𝐋𝐔𝐓𝐈𝐎𝐍𝐒 𝐅𝐎𝐑 𝐅𝐋𝐎𝐀𝐓𝐈𝐍𝐆 𝐒𝐎𝐋𝐀𝐑 𝐒𝐓𝐑𝐔𝐂𝐓𝐔𝐑𝐄𝐒 𝐈𝐍 𝐂𝐇𝐀𝐋𝐋𝐄𝐍𝐆𝐈𝐍𝐆 𝐇𝐘𝐃𝐑𝐎𝐃𝐘𝐍𝐀𝐌𝐈𝐂 𝐄𝐍𝐕𝐈𝐑𝐎𝐍𝐌𝐄𝐍𝐓𝐒 | 𝟐𝟎 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐋𝐔𝐌𝐔𝐓, 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Unit Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) telah menghadiri Lawatan Tapak dan Bengkel Akhir bagi projek kajian '𝘐𝘯𝘯𝘰𝘷𝘢𝘵𝘪𝘷𝘦 𝘋𝘦𝘴𝘪𝘨𝘯 𝘚𝘰𝘭𝘶𝘵𝘪𝘰𝘯𝘴 𝘍𝘰𝘳 𝘍𝘭𝘰𝘢𝘵𝘪𝘯𝘨 𝘚𝘰𝘭𝘢𝘳 𝘚𝘵𝘳𝘶𝘤𝘵𝘶𝘳𝘦𝘴 𝘐𝘯 𝘊𝘩𝘢𝘭𝘭𝘦𝘯𝘨𝘪𝘯𝘨 𝘏𝘺𝘥𝘳𝘰𝘥𝘺𝘯𝘢𝘮𝘪𝘤 𝘌𝘯𝘷𝘪𝘳𝘰𝘯𝘮𝘦𝘯𝘵𝘴' yang dijalankan oleh TNB Research Sdn. Bhd. di Pantai Segari, Lumut, Perak. Sesi ini menandakan pengesahan bahawa kajian di bawah dana pembiayaan AAIBE tersebut telah berjaya disiapkan sepenuhnya mengikut tempoh yang ditetapkan.
Kajian berimpak tinggi ini berfokus kepada usaha meramalkan pembentukan serta perambatan ombak melalui model hidrodinamik, di samping menganalisis tindak balas dinamik unit floating solar terhadap impak ombak secara langsung. Melalui penilaian menyeluruh yang dijalankan di Paka, Terengganu dan Segari, Perak, kajian telah membuktikan bahawa lokasi di Segari adalah paling 𝘧𝘦𝘢𝘴𝘪𝘣𝘭𝘦 dan berpotensi tinggi.
Kejayaan ini sekali gus membuktikan kebolehlaksanaan teknologi 𝘧𝘭𝘰𝘢𝘵𝘪𝘯𝘨 𝘴𝘰𝘭𝘢𝘳 dalam persekitaran hidrodinamik yang mencabar atau berombak. Langkah seterusnya yang dirancang adalah merintis pembinaan 𝘧𝘭𝘰𝘢𝘵𝘪𝘯𝘨 𝘴𝘰𝘭𝘢𝘳 di lokasi berkenaan demi memperkasakan agenda peralihan tenaga dan tenaga boleh baharu negara.