Lawatan Kerja KSU PETRA ke Tapak Projek Membina dan Menyiapkan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Bandar Jitra Selatan, Kedah

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐊𝐒𝐔 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 𝐊𝐄 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐈𝐍𝐀 & 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐈𝐀𝐏𝐊𝐀𝐍 𝐑𝐓𝐁 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐉𝐈𝐓𝐑𝐀 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐓𝐀𝐍, 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 | 𝟏𝟎 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇
YBhg. Dato’ Sri Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah menyempurnakan lawatan kerja ke tapak Projek Membina dan Menyiapkan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Bandar Jitra Selatan, Kedah pada hari ini. Projek yang kini berada di fasa akhir pelaksanaan tersebut dijangka siap sepenuhnya menjelang 30 Mei 2026.
Projek ini bakal memberi manfaat secara langsung kepada kira-kira 6,000 penduduk di sekitar Jitra dengan menyediakan tahap perlindungan sehingga 100 tahun ARI (Average Recurrence Interval). Infrastruktur penting ini akan menangani risiko banjir kilat secara holistik, malah berperanan penting dalam menjamin kesejahteraan sosioekonomi serta mengurangkan risiko kerosakan harta benda penduduk.