Kunjungan Hormat Timbalan Setiausaha Bahagian Bagi Kawalan Senjata dan Keselamatan Antarabangsa, Jabatan Negara Amerika Syarikat Ke Atas TKSU (Tenaga) PETRA

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐆𝐈𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐊𝐀𝐖𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐍𝐉𝐀𝐓𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀, 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 𝐀𝐌𝐄𝐑𝐈𝐊𝐀 𝐒𝐘𝐀𝐑𝐈𝐊𝐀𝐓 𝐊𝐄 𝐀𝐓𝐀𝐒 𝐓𝐊𝐒𝐔 (𝐓𝐄𝐍𝐀𝐆𝐀) 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 | 𝟑 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀, 𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀
YBhg. Datin Paduka Mareena binti Mahpudz, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah menerima kunjungan hormat daripada Encik Thomas DiNanno, Timbalan Setiausaha Negara bagi Kawalan Senjata dan Keselamatan Antarabangsa, Jabatan Negara Amerika Syarikat.
Kunjungan hormat ini memfokuskan perbincangan bagi memperkukuh hubungan dua hala, terutamanya menerusi kerjasama strategik dalam bidang tenaga yang turut merangkumi pembangunan tenaga boleh baharu dan usaha menangani perubahan iklim.
Wakil daripada PETRA dan agensi yang turut sama dalam sesi tersebut ialah YBrs. Dr. Safuwan bin Samah, Setiausaha Bahagian Strategik dan Antarabangsa PETRA, Encik Asdirhyme bin Abdul Rasib, Ketua Pegawai Eksekutif MyPower serta pegawai-pegawai kanan dari Sektor Tenaga di PETRA.