Keberangkatan KDYMM Pemangku Raja Terengganu Ke PETRA

𝐊𝐄𝐁𝐄𝐑𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐃𝐘𝐌𝐌 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐊𝐄 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 | 𝟏𝟒 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hari ini menerima keberangkatan mulia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Ismail ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, Pemangku Raja Terengganu sempena lawatan kerja rasmi Baginda ke Menara PETRA.
Keberangkatan tiba Baginda telah disambut oleh YBhg. Dato' Sri Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA, bersama-sama YBhg. Dato’ Mohd Rodzwan bin Mohd Baba Sakri, Timbalan Ketua Setiausaha (Air) PETRA.
Turut sama menyambut keberangkatan Baginda ialah Ketua-Ketua Pengarah Jabatan dan Agensi, Setiausaha-Setiausaha Bahagian serta Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian.
Sesi lawatan kerja ini disusuli dengan taklimat khas mengenai agenda strategik negara yang diterajui oleh pihak kementerian, khususnya melibatkan inisiatif peralihan tenaga hijau dan transformasi pengurusan air negara demi kemampanan masa hadapan.