ASEAN Energy Awards 2026

𝐀𝐒𝐄𝐀𝐍 𝐄𝐍𝐄𝐑𝐆𝐘 𝐀𝐖𝐀𝐑𝐃 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟕 𝐎𝐊𝐓𝐎𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐅𝐈𝐋𝐈𝐏𝐈𝐍𝐀
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan atas kejayaan cemerlang Malaysia yang berjaya merangkul dua anugerah berprestij pada majlis ASEAN Energy Awards 2026 yang berlangsung di Filipina.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah memenangi anugerah ASEAN Excellence in Connectivity and Interconnection Project & Initiative Award menerusi projek The Lao PDR–Thailand–Malaysia–Singapore Power Integration Project (LTMS-PIP). Manakala YBhg. Datin Paduka Mareena binti Mahpudz, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) PETRA turut diiktiraf menerusi anugerah ASEAN Women in Energy Excellence Award bersama-sama sepuluh orang tokoh kepimpinan wanita sektor tenaga dari negara-negara anggota ASEAN.
Pencapaian berganda ini merupakan satu kebanggaan buat negara serta menjadi pemangkin semangat untuk Malaysia terus memperkukuh kerjasama, integrasi, dan keterjaminan tenaga di peringkat serantau.