Sesi Perjumpaan KSU bersama Personel MySTEP PETRA

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐉𝐔𝐌𝐏𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐒𝐔 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐌𝐘𝐒𝐓𝐄𝐏 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀 | 𝟏𝟎 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐃𝐄𝐖𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐈𝐃𝐔𝐑𝐈, 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐑𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐀
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) telah menganjurkan Sesi Perjumpaan YBhg. Dato' Sri Haji Mad Zaidi Bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA bersama Personel MySTEP PETRA bertempat di Dewan Baiduri, Menara PETRA, hari ini.
Sesi perjumpaan ini berfungsi sebagai platform interaktif bagi merapatkan ukhuwah, selain membuka ruang penglibatan dua hala antara pengurusan tertinggi kementerian dengan para personel MySTEP.
Melalui sesi dialog yang diadakan, para peserta berpeluang melontarkan pandangan dinamik serta bertukar-tukar idea strategik. Input-input kreatif ini amat bernilai dalam usaha memperkukuh budaya kerja berprestasi tinggi serta memacu kecemerlangan organisasi demi masa hadapan PETRA.