Berita Terkini
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Kemerosotan Kualiti Air Sungai Kebangsaan Bilangan 2 Tahun 2025
21 Ogos 2025
𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍𝐈 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐑𝐎𝐒𝐎𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐈𝐓𝐈 𝐀𝐈𝐑 𝐒𝐔𝐍𝐆𝐀𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝟐 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝟐𝟏 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟓 | 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐋𝐔𝐌𝐏𝐔𝐑
YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Kemerosotan Kualiti Air Sungai Kebangsaan (JKKAS) Bilangan 2 Tahun 2025 di Kuala Lumpur.
JKKAS berperanan memantau pelaksanaan strategi meningkatkan kualiti air sungai di seluruh negara melalui pendekatan pengurusan bersepadu, dengan penglibatan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, pihak berkuasa tempatan dan pihak berkepentingan lain.
Mesyuarat memberi tumpuan kepada Laporan Status Kualiti Air Sungai 2024 oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).
YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Timbalan Menteri PETRA dan YBhg. Dato' Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA turut hadir di mesyuarat tersebut.


