PETRA
  1. YAB DATO' SERI ANWAR IBRAHIM
    PERDANA MENTERI

    "Dasar Air Negara ini hadir sebagai penanda aras baharu bagi menggantikan Dasar Sumber Air Negara. Ia menyusun strategi dan tindakan yang lebih terselaras antara semua pemegang taruh dengan lebih menyeluruh. Gabungan dasar, tadbir urus dan keutamaan pelaburan perlu digerakkan bersama antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, agensi pelaksana dan masyarakat. Inilah asas kepada ketahanan negara dalam mendepani cabaran air masa hadapan. Saya menyeru agar semua pihak menjayakan dasar ini dengan semangat perpaduan dan tekad reformasi."

  2. YAB DATUK AMAR HAJI FADILLAH HAJI YUSOFF
    TIMBALAN PERDANA MENTERI
    MERANGKAP MENTERI PERALIHAN TENAGA DAN TRANSFORMASI AIR

    “Dasar Air Negara ini lahir daripada kesedaran bahawa pengurusan air negara perlu diperkukuh secara menyeluruh untuk menjamin daya tahan dan kemampanan bekalan air pada masa hadapan. Kita tidak lagi melihat sektor air secara bersifat teknikal semata-mata. Ia perlu ditangani sebagai agenda dasar negara yang menuntut keterangkuman pelbagai peringkat. Hal ini turut memerlukan peralihan daripada pendekatan bersifat reaktif kepada satu sistem yang proaktif, berinovasi, berasaskan teknologi, berpaksikan data dan didukung oleh tadbir urus yang kukuh. Ia adalah asas kepada kesejahteraan rakyat, kestabilan ekonomi dan kemakmuran negara.”

  3. DATO' SRI HAJI MAD ZAIDI MOHD KARLI
    KETUA SETIAUSAHA
    KEMENTERIAN PERALIHAN TENAGA DAN TRANSFORMASI AIR

    “Kejayaan Pelan Tindakan Dasar Air Negara terletak pada ketekunan semua pihak yang terlibat menterjemahkannya kepada impak di lapangan melalui pendekatan 'Keseluruhan Kerajaan, Perniagaan dan Masyarakat'. Sebagai peneraju strategik, PETRA komited memacu reformasi sektor air secara holistik bagi mentransformasikan sumber semula jadi ini sebagai nadi ekonomi baharu yang mampan menjelang 2040.”

  4. DATO’ MOHD RODZWAN MOHD BABA SAKRI
    TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (AIR)
    KEMENTERIAN PERALIHAN TENAGA DAN TRANSFORMASI AIR

    “Keberkesanan Pelan Tindakan Dasar Air Negara bergantung sepenuhnya kepada ketangkasan PETRA dalam menyelaraskan gerak kerja di peringkat lapangan. Fokus utama PETRA adalah memastikan setiap inisiatif diterjemahkan melalui penyampaian perkhidmatan yang cekap, integrasi data dan pemantauan prestasi yang berterusan. Komitmen ini adalah untuk memastikan setiap perancangan menghasilkan impak nyata yang dapat dirasai oleh rakyat.”

Wawasan Dasar Air Negara

Keterjaminan dan ketersediaan air untuk meningkatkan daya saing dan kemakmuran negara

Misi Kami

Memperkasakan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, negeri dan tempatan berkaitan air untuk kesejahteraan rakyat serta kemampanan ekosistem

5 Fokus Utama Dasar Air Negara

7 view

Repositori Digital Dasar Air Negara

Sila pilih dan muat turun dokumen rasmi Dasar Air Negara untuk maklumat lanjut mengenai hala tuju dan pelan tindakan transformasi sektor air negara.

Buku Dasar Air Negara

Dokumen mengenai Dasar Air Negara.

7 view 198 muat turun
Baca Flipbook Muat Turun PDF

Buku Ringkasan Dasar Air Negara

Versi ringkas untuk rujukan cepat berkaitan fokus dan hala tuju utama dasar.

8 view 22 muat turun
Baca Flipbook Muat Turun PDF

Pelan Tindakan Dasar Air Negara

Dokumen pelaksanaan yang menghuraikan strategi, sasaran utama dan inisiatif pelaksanaan mengikut setiap komitmen dasar di bawah Dasar Air Negara.

6 view 20 muat turun
Baca Flipbook Muat Turun PDF

Kenali Dasar Air Negara

Jadual Jerayawara 2026

SUKU TAHUN ZON LOKASI (ANGGARAN)
Q1 Zon Tengah Shah Alam, Kuala Lumpur
Q2 Zon Selatan Johor Bahru, Melaka
Q2 Sarawak Kuching
Q3 Zon Timur Kuantan, Kuala Terengganu
Q3 Sabah Kota Kinabalu
Q4 Zon Utara Alor Setar, Ipoh

* Jadual tertakluk kepada perubahan.

Hubungi kami

Sekretariat Dasar Air Negara
Bahagian Sumber Air
Aras 11, Menara PETRA
Kementerian Peralihan Tenaga & Transformasi Air

dasarairnegara@petra.gov.my